
Anthropic Serah 5% Saham ke Dana Kebaikan Awam
Anthropic komited menyerah 5% saham syarikat ke dana kebaikan awam, jumlahnya boleh naik apabila nilai syarikat bertambah.
Anthropic, syarikat di sebalik AI Claude, mengumumkan pada 18 Oktober 2026 bahawa ia menyerahkan 5% saham syarikat kepada satu dana baharu bernama Anthropic Public Benefit Fund. Dana ini khas untuk kebaikan awam, dan sahamnya akan bertambah apabila syarikat semakin bernilai.
1. Apa yang berlaku
Anthropic menyerahkan 5% sahamnya terus ke dana baharu, tertakluk kepada kelulusan pemegang saham. Selain itu, lembaga pengarah boleh menambah 2% lagi setiap kali nilai syarikat naik 50% di atas satu titik asas yang belum didedahkan.
Maksudnya, semakin besar Anthropic, semakin banyak saham yang masuk ke dana ini. Anthropic berkata pendekatan ini menggantikan amalan biasa syarikat teknologi yang memberi saham bonus kepada eksekutif. Alih-alih ke eksekutif, ekuiti itu disalurkan ke kebaikan awam.
Dana ini diwujudkan sebagai LLC milik penuh Anthropic, bukan sebagai organisasi nirlaba 501(c)(3). Anthropic pilih format LLC supaya lebih fleksibel dalam cara memberi. Saham dalam LLC ini tidak akan digunakan untuk lobbying atau sumbangan politik, di Amerika Syarikat mahupun luar negara.
2. Untuk apa dana ini
Anthropic berkata dana ini boleh digunakan untuk beberapa bentuk pemberian. Antaranya: sumbangan besar kepada pertubuhan nirlaba, agihan terus kepada kumpulan tertentu, atau program yang menangani kesan AI terhadap pekerja.
Syarikat ini sudah komited $200 juta untuk mengkaji kesan AI terhadap pasaran buruh. Namun Anthropic akui kelajuan pembangunan AI bermakna pendekatan yang lebih berani mungkin diperlukan. Dana baharu ini memberikan keluwesan untuk menjalankan pendekatan tersebut.
Menurut laporan Pew Research Center pada Ogos 2026, 71% dewasa Amerika Syarikat percana AI akan mengurangkan pekerjaan dalam dua tahun akan datang. McKinsey pula menganggarkan sehingga 11 juta pekerja Amerika mungkin perlu bertukar kerjaya dalam dekad hadapan akibat automasi AI.
3. Jumlah sebenar lebih besar
5% yang diumumkan ini bukan keseluruhannya. Pengasas Anthropic sudah berjanji mendermakan 80% ekuiti mereka sejak syarikat ditubuhkan pada 2021. Kira-kira separuh pekerja Anthropic juga menyertai program padanan derma ekuiti, di mana syaritik memadankan sumbangan saham pekerja.
Apabila digabungkan dengan pengumuman hari ini, kira-kira 20% saham Anthropic akan ditujukan untuk kebaikan awam. Jumlah ini belum termasuk saham tambahan yang akan masuk jika syarikat mencapai pencapaian nilai tertentu.
Reuters melaporkan bahawa Anthropic sedang bersiap untuk IPO pada November 2026. Jika nilai pada IPO sekitar $1.5 hingga $2 trilion seperti dilaporkan, 5% saham untuk dana ini bernilai antara $75 bilion hingga $100 bilion.
4. Bezanya dengan pendekatan Elon Musk
Elon Musk, yang mengendalikan xAI, pesaing Anthropic, memberi respons di X. Beliau mencadangkan memberi saham terus kepada orang ramai. Pada 19 Oktober 2026, Musk berkata beliau akan memberi satu saham SpaceX kepada setiap kanak-kanak di Amerika Syarikat pada tahun hadapan.
Reuters menganggarkan pemberian Musk bernilai kira-kira $11 bilion berdasarkan 72 juta kanak-kanak di Amerika. Anthropic pula memilih pendekatan yang lebih terstruktur: dana yang diuruskan untuk sumbangan nirlaba dan agihan terus kepada kumpulan tertentu, dengan tumpuan kepada gangguan pasaran buruh akibat AI.
Kedua-dua pendekatan ini menunjukkan perdebatan yang sedang berlaku tentang bagaimana keuntungan AI sepatutnya dikongsi dengan masyarakat.
5. Mengapa ini penting sekarang
Anthropic didaftarkan sebagai public benefit corporation di Delaware. Struktur undang-undang ini mengkehendaki syarikat mengimbangkan keuntungan dengan tanggungjawab sosial. Pengumuman dana ini datang beberapa minggu sebelum IPO dijangka, pada masa AI berhadapan dengan peningkatan pengawasan dari penggubal undang-undang dan masyarakat.
CNBC melaporkan pendapatan Anthropic pada suku ketiga 2026 mencapai $16.8 bilion. Persaingan antara Anthropic, OpenAI, dan Google semakin sengit, dan setiap syarikat berusaha menunjukkan komitmen kepada keselamatan dan tanggungjawab AI.
Dana ini juga menunjukkan bahawa syarikat AI mula mengaku secara terbuka bahawa teknologi mereka boleh menggangu pekerjaan. Daripada sekadar mengkaji kesannya, Anthropic kini mewujudkan mekanisme kewangan untuk menanganinya.
Apa maksudnya untuk anda
Pergerakan ini isyarat bahawa syarikat AI besar mula bertanggungjawab terhadap kesan sosial teknologi mereka. Untuk pengguna biasa dan pekerja, ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan.
- AI sedang ubah pasaran kerja. Laporan Pew dan McKinsey menunjukkan gangguan pekerjaan adalah risiko nyata, bukan teori. Mulakan belajar kemahiran yang sukar diganti AI.
- Dana ini masih vauge. Anthropic akan berkongsi lebih butiran struktur dan tatakelola dalam bulan hadapan. Nilai sebenar bergantung kepada bagaimana dana ini diagihkan.
- IPO akan jadi penentu. Nilai 5% saham bergantung kepada nilai pasaran Anthropic selepas IPO. Jika nilai turun, dana juga mengecil.
- Bandingkan dengan pesaing. Musk tawarkan saham terus, Anthropic tawarkan dana terstruktur. Cara lain mungkin muncul dari OpenAI atau Google.
- Gunakan alat AI secara bijak. Teknologi ini boleh membantu kerja anda jika anda menguasainya. Lihat Alat AI yang boleh anda gunakan hari ini.
Sumber
- Investing in the public benefit (Anthropic, 18 Oktober 2026)
- Anthropic to commit 5% stake to new public benefit fund (Reuters, 18 Oktober 2026)
- Anthropic commits 5% of shares to new public benefit fund (CNBC, 18 Oktober 2026)
- Anthropic commits stock to a public benefit fund (AP News, 18 Oktober 2026)
- AI giant Anthropic commits 5% of shares to public benefit fund (Al Jazeera, 19 Oktober 2026)